TEMUDUGA PEGAWAI SAINS (KAJI SERANGGA)

Persediaan bahan bacaan:

Biasanya, terdapat dua panel akan menemuduga calon. Satu daripada pihak SPA dan kedua daripada pihak jabatan. Skop soalan berbeza mengikut panel penemuduga.

1. SPA
 
a. Soalan biasa setiap kali temuduga - perkenalkan diri
b. Perlu tahu skop tugas dan tanggungjawab pegawai sains (kaji serangga)
c. Adakah calon bersedia untuk kerja lapangan (hutan/ pedalaman dan sebagainya)
d. Carta Organisasi Jabatan
e. Isu semasa (Am)

2. Jabatan

a. Calon perlu tahu vektor bawaan serangga terutama nyamuk
b. Berpengetahuan mengenai Taxonomy, Morphology vektor-vektor terutamanya nyamuk
c. Fogging dan bahan racun digunakan
d. Etika kerja
e. Isu semasa (berkaitan skop tugas contohnya kes denggi, malaria dsb)

Persediaan sebelum hari temuduga:

1. Nametag
2. Pemakaian mengikuti garis panduan penjawat awam
3. Datang awal
4. Bawa pen sendiri
5. Sijil dan dokumen termasuk salinan (mengikut e-mel temuduga SPA) semua lengkap tersedia

Comments

Bisnes