LANTIKAN DAN LAPOR DIRI PEGAWAI SAINS (KAJI SERANGGA)

PROSES:

LANTIKAN

1. Dapat e-mel daripada pihak SPA mengenai lantikan tetap.

2. Mengesahkan penerimaan tawaran perlantikan atas talian (Setuju/ Tidak)
PASTIKAN ANDA PILIH DAN TEKAN PILIHAN YANG BETUL. TIDAK BOLEH UBAH SELEPAS HANTAR!

3. Cetak semua borang yang diberi dalam sistem tawaran perlantikan (STP).

a. Surat tawaran perlantikan
b. Surat setuju terima perlantikan
c. Akuan berkanun (minta di pejabat Pesuruhjaya Sumpah). Memerlukan bayaran. 

Direktori:


d. Borang pemeriksaan perubatan (swasta/kerajaan). Sebaik-baiknya di hospital kerajaan kerana lebih menyeluruh (drug test, blood test, xray diperlukan) dan tiada caj bayaran dikenakan. Rancang cuti dan datang awal sekiranya buat di hospital kerajaan. 

Sebelum anda mendapat surat/e-mel penempatan, pihak bahagian sumber manusia kementerian (KKM) akan menelefon anda dan bertanyakan sedikit soalan peribadi. Jadi pastikan anda sentiasa menjawab panggilan dan peka.

Selepas itu, anda akan mendapat panggilan/e-mel/sms dari jabatan anda ditempatkan (macam saya dari JKNS) untuk mendapat kepastian anda masih berminat untuk mengisi jawatan tersebut. 

Selalunya surat penempatan atau lapor diri akan diberi dalam masa 1, 2 bulan atau lebih. Saya mendapat tawaran perlantikan pada Feb 2020 dan melapor diri pada Julai 2020. Agak lewat kerana adanya wabak Covid19 dan PKP.

Selepas anda mendapat e-mel daripada pihak KKM/ SPA, anda akan mendapat satu lagi e-mel daripada pihak jabatan negeri. 

PERSEDIAAN SEBELUM MELAPOR DIRI

1. TEMPAT TINGGAL

Telefon pejabat anda bertugas jika kuarters disediakan. Jika tiada, cari rumah, bilik sewa awal sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal atau selepas mendapat e-mel penempatan. Post di media sosial (fb dll) sebelum anda membuat survey di tempat tersebut. Book sahaja sekiranya boleh. Sebab anda perlu menjalani attachment (latihan) selama 3 bulan di HQ selepas melapor diri (1 hari/ seminggu bergantung jabatan negeri).

2. PAKAIAN 

Pejabat - baju, seluar, kasut formal, necktie, nametag, tali pinggang, stokin dll

Kerja lapangan - baju lengan panjang, tracksuit, kasut adidas kampung/ but getah, lampu suluh dll

Adidas Kampung: The Multipurpose Malaysian Made Shoe You Need ...

kasut getah safety rubber shoe anti slip boot pasar kebun garden ...

3. BORANG

- Surat lantikan SPA
- Surat Lapor diri KKM/ Jabatan 
- Surat setuju terima perlantikan
- Borang Akuan Berkanun
- Borang Pemeriksaan Kesihatan
- Salinan IC
- Salinan surat lahir
- Salinan sijil UPSR, PMR, SPM, STPM
- Ijazah
- Gambar berukuran passport (lagi banyak lagi bagus)
- Sijil nikah (kalau ada)

Pastikan anda melengkapkan semua borang pada hari lapor diri dan rujuk kepada admin/ kerani pejabat anda bertugas bagi mengelakkan kelewatan gaji anda.

4. DUIT

Pastikan anda menyimpan/ mempunyai duit untuk melapor diri kerana banyak menggunakan kos. Deposit rumah/ bilik, kelengkapan diri, kos perjalanan (kos perjalanan anda melapor diri boleh dituntut) dan banyak lagi. 

Comments

Bisnes